NANINA's SHOPPE

Blog ini adalah khas untuk saya mempromosikan produk keluaran Hai-O yang berkualiti dan telahpun mendapat pengiktirafan sebagai "SuperBrands"

25 April 2006

PRODUK 8 : D'GENE

Image and video hosting by TinyPic

D'gene - "Pembentuk Kontur Badan" merupakan produk yang diformulasikan dengan kesan haba secara sempurna berbanding dengan garam mengurus biasa agar dapat menghapuskan gumpalan lemak badan. Ia direkacipta untuk membentuk dan memulihkan sifat kulit yang tegap dan kenyal secara progresif.

Formulasi ini diperolehi dari Paris, France - Keunikan D'gene bergantung pada kandungan ramuan aktifnya yang turut menjadikannya diminati wanita-wanita yang ingin membentuk semula kontur badan mereka. Selain itu, ia mengaplikasikan konsep terapi aroma melalui campuran teh hijau sebagai salah satu ramuannya dan keharuman D'gene dapat menggiatkan saraf simpatetik otak untuk membakar lemak badan.

Image and video hosting by TinyPic

Cara mengurut diri dengan menggunakan D'gene :
Membersihkan kulit dengan air suam, mengusap bahagian berlemak tertentu dan mengurut dalam gerakan berkeliling dengan D'gene setiap hari. Selepas mengurut, anda tidak perlu membersihkan malah membalut bahagian urut selama 20 hingga 30 minit supaya lebih berkesan. Kepanasan ringan dan kemerahan akan muncul pada bahagian yang diusap dan ia akan hilang dalam masa beberapa minit kemudian.

(Rujuk Gambar)
Lengan - Mengusap ke atas
Pinggang - Mengusap ke atas
Perut - Gerakan berkeliling melawan arah putaran jam
Pinggul - Gerakan berkeliling ke dalam
Paha - Mengusap ke atas

Bagaimana D'gene berfungsi?

Langkah 1 - Mengguna : Mengusap bahagian tertentu dengan D'gene

Langkah 2 - Menggiatkan : D'gene meresap ke lapisan dalam lemak

Langkah 3 - Membentuk : D'gene menguraikan lemak kepada asid lemak dan air


Ramuan Aktif :

Ekstrak Cili - Menggalakkan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Ekstrak Ivy - Menggalakkan peredaran darah dan baik untuk perkumuhan.
Ekstrak Horse Chestnut - Memperbaiki fenomena "Orange Peel" dan menyahtoksikkan.
Ekstrak Fucus - Meningkatkan kadar metabolisme badan.
Vitamin - Menyelaraskan metabolisme lemak.
Air - Menggalakkan penembusan kulit.

Harga : RM 165.00 - 180ml (Semenanjung Malaysia)

1 Comments:

Post a Comment

<< Home