NANINA's SHOPPE

Blog ini adalah khas untuk saya mempromosikan produk keluaran Hai-O yang berkualiti dan telahpun mendapat pengiktirafan sebagai "SuperBrands"

26 April 2006

PRODUK 10 : SYAMPU PERAPI RAMBUT, SYAMPU BADAN DAN LOSYEN TANGAN & BADAN

Image and video hosting by TinyPic

Premium Beautiful - Siri Penjagaan Diri
Manjakan Diri Bersama Kesegaran Abadi

Alami cara baru untuk meningkatkan semangat, melegakan dan penyeimbangkan secara semulajadi dengan haruman. Rangkaian produk penjagaan diri Premium Beautifil Aromaterapi mengandungi pati minyak dari Lavender tulen.

Minyak Lavender. Pokok ini berasal dari selatan Eropah, kemudiannya berkembang ke Australia, Britain dan negara lain. Kebanyakan pati minyak Lavender harum diperah dari penghujung kelopak bunga, dicampur dengan kombinasi minyak yang berlainan akan memberikan kesan yang menggalakkan.

Pada abad ke 18, bangsa Roman purba, Greek amat kagum dengan khasiat minyak Lavender yang digunakan untuk mandi atau melembabkan kulit serta urutan wangian pada badan. Ianya juga bertindak sebagai antiseptik dan penyembuh dari sudut perubatan. Tambahan pula, ia juga dapat menenangkan, menguatkan minda dan meningkatkan semangat.

Aromaterapi amat berkesan untuk ketegangan, keletihan atau perasaan tertekan, masalah kulit dan sakit atau sengal. Di samping itu ia juga boleh disapu tanpa dicairkan kepada kulit terbakar atau gigitan serangga. Ianya juga mesra alam.



Syampu Perapi Rambut
Syampu Perapi Rambut yang dihasilkan dengan gabungan pati minyak Lavender, Vitamin E, Vitamin B komplek dan ekstrak tumbuhan yang membantu merapikan rambut, memberi kelembapan dan melindungi rambut.

- Syampu perapi rambut untuk kegunaan harian ;
- Mengekalkan rambut yang lembut, licin dan senang diurus ;
- Memberi kelembapan dan menyerlahkan rambut yang bersinar sihat ;
- Mengandungi pati minyak Lavender yang membantu menenangkan tekanan sambil mengharumkan rambut ;
- pH neutral yang sesuai bagi semua jenis rambut.


Syampu Badan
Syampu badan yang diperkayakan dengan pati minyak Lavender, Vitamin E dan ekstrak tumbuhan, membantu menyegarkan dan menenangkan minda serta badan. Ianya menghasilkan buih yang banyak dan mudah dibilas.

- Kaya dengan Vitamin E yang menyuburkan dan melembapkan untuk menghasilkan kulit yang lembut, segar dan bersih ;
- Membantu mengekalkan kelembapan dan memberi kelegaan kulit ;
- Mengandungi pati minyak Lavender yang membantu mengurangkan tekanan serta membawa ketenangan dan kesegaran ;
- pH neutral yang sesuai untuk penggunaan bagi semua jenis kulit.


Losyen Tangan & Badan
Losyen pelembap tangan dan badan ini telah dirumus daripada bahan asas tumbuh-tumbuhan semulajadi yang memberi kelembapan pada kulit yang kasar dan kering serta membantu mengekalkan kelembapan untuk memperoleh kulit yang lebih licin.

- Melembapkan kulit dan meyerlahkan lagi kelembutan dan kelicinan kulit ;
- Wangian Lavender dalam losyen memberikan kesegaran dan ketenangan ;
- Memberikan perlindungan UVA terhadap kulit ;
- Tidak memberi kesan yang melekit atau berminyak semasa digunakan ;
- Mempunyai pH neutral yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


Harga : RM 16.80 - 350 ml (Semenanjung Malaysia)

PRODUK 9 : TAI SHAN GANODERMA (LINGZHI)

Image and video hosting by TinyPic

Tai San Ganoderma telah diperbuat dengan menggunakan teknologi saintifik dan kaedah pemprosesannya ialah jenis pengasingan spora. Hasilnya ialah Lingzhi dari Gunung Tai Shan (di negeri China) yang berbentuk kapsul ini.

Ia mengandungi germanium organik, polisakarida, adenosina, protein, asid amino, mineral, vitamin dan lain-lain bahan penting.

Manfaat universal Lingzhi :

- Merangsang metabolisme ;
- Menambah selera makan.

Tai Shan Ganoderma baik untuk penjagaan kesihatan am, sejenis bahan pemakanan yang baik untuk semua.

Cara pengambilan : 2 kali sehari, setiap kali 1 hingga 2 kapsul.

Harga : RM 165.00 - 120 kapsul , RM 46.20 - 40 kapsul (Semenanjung Malaysia)

25 April 2006

PRODUK 8 : D'GENE

Image and video hosting by TinyPic

D'gene - "Pembentuk Kontur Badan" merupakan produk yang diformulasikan dengan kesan haba secara sempurna berbanding dengan garam mengurus biasa agar dapat menghapuskan gumpalan lemak badan. Ia direkacipta untuk membentuk dan memulihkan sifat kulit yang tegap dan kenyal secara progresif.

Formulasi ini diperolehi dari Paris, France - Keunikan D'gene bergantung pada kandungan ramuan aktifnya yang turut menjadikannya diminati wanita-wanita yang ingin membentuk semula kontur badan mereka. Selain itu, ia mengaplikasikan konsep terapi aroma melalui campuran teh hijau sebagai salah satu ramuannya dan keharuman D'gene dapat menggiatkan saraf simpatetik otak untuk membakar lemak badan.

Image and video hosting by TinyPic

Cara mengurut diri dengan menggunakan D'gene :
Membersihkan kulit dengan air suam, mengusap bahagian berlemak tertentu dan mengurut dalam gerakan berkeliling dengan D'gene setiap hari. Selepas mengurut, anda tidak perlu membersihkan malah membalut bahagian urut selama 20 hingga 30 minit supaya lebih berkesan. Kepanasan ringan dan kemerahan akan muncul pada bahagian yang diusap dan ia akan hilang dalam masa beberapa minit kemudian.

(Rujuk Gambar)
Lengan - Mengusap ke atas
Pinggang - Mengusap ke atas
Perut - Gerakan berkeliling melawan arah putaran jam
Pinggul - Gerakan berkeliling ke dalam
Paha - Mengusap ke atas

Bagaimana D'gene berfungsi?

Langkah 1 - Mengguna : Mengusap bahagian tertentu dengan D'gene

Langkah 2 - Menggiatkan : D'gene meresap ke lapisan dalam lemak

Langkah 3 - Membentuk : D'gene menguraikan lemak kepada asid lemak dan air


Ramuan Aktif :

Ekstrak Cili - Menggalakkan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Ekstrak Ivy - Menggalakkan peredaran darah dan baik untuk perkumuhan.
Ekstrak Horse Chestnut - Memperbaiki fenomena "Orange Peel" dan menyahtoksikkan.
Ekstrak Fucus - Meningkatkan kadar metabolisme badan.
Vitamin - Menyelaraskan metabolisme lemak.
Air - Menggalakkan penembusan kulit.

Harga : RM 165.00 - 180ml (Semenanjung Malaysia)

24 April 2006

PRODUK 7 : HAI-O ORGANIC SPIRULINA

Image and video hosting by TinyPic

Spirulina berorganik, seperti disaran oleh World Health Organization (WHO) sebagai Produk Penjagaan Kesihatan yang terbaik untuk manusia pada abad ke 21, Hai-O Organic Spirulina dibiak daripada baka spirulina bergred A+ dalam kolam air mineral di Gunung Da-Wu, kawasan Ping-Tung, Taiwan dengan persekitaran pembiakan yang bersih, tanpa unsur-unsur pencemaran. Ia adalah bebas daripada bahan-bahan kimia, baja, racun serangga atau logam berat, merupakan makanan semulajadi dengan nutrien-nutrien yang menyeluruh untuk dimakan.

Hai-O Organic Spirulina merupakan satu-satunya spirulina yang mendapat pengiktirafan berorganik daripada Naturland, pertubuhan pengesahan pertanian berorganik di Jerman untuk memastikan kualiti produk. Selain itu, ia mengandungi unsur Apogen®, iaitu sekumpulan protein yang diekstrak daripada alga, dapat mengelakkan sebarang jangkitan virus selsema dan virus dalam usus untuk menjaga dan menjamin kesihatan susuk badan. Kajian Apogen® turut memperoleh paten daripada Amerika Syarikat (No. US 6346408) dengan terbitannya dalam Journal of Medical Virology 70:119-125 pada Mei 2003 (http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/jhome/32763).


Faedah-faedah Pengambilan Hai-O Organic Spirulina :

• Memberi tambahan nutrien yang menyeluruh kepada tubuh badan. Menguatkan fungsi imunisasi tubuh badan ;

• Kaya dengan Vitamin B12 , merupakan makanan semulajadi yang terbaik untuk pesakit anemia dan vegetarian untuk mencegah penyakit anemia kerana Vitamin B12 ialah vitamin yang penting dalam penghasilan darah ;

• Kandungan fiber yang tinggi (8 ~ 12%) dapat melegakan masalah sembelit, membersihkan kolon seterusnya membantu dalam pembuangan toksin, meningkatkan bakteria berguna dalam usus serta membantu memperbaiki masalah ulser usus dan perut ;

• Memperbaiki fungsi metabolisme lemak. Ia membantu menghalang penyerapan lemak, menurunkan kolestrol darah dan kolestrol dalam badan, menurunkan tekanan darah lalu mengelakkan arteriosclerosis dan penyakit kardiovaskular ;

• Menghalang penyerapan kandungan gula dalam darah, memperbaiki penyakit kencing manis ;

• Mengimbangkan sifat badan yang berasid dan beralkali, iaitu menukarkan susuk badan yang bersifat asid (susuk badan sihat separa) kepada sifat badan yang lebih beralkali (susuk badan sihat) ;

• Fungsi anti-pengoksidaan yang kuat, dapat mengelakkan kerosakan dan penuaan sel-sel badan.


Image and video hosting by TinyPic

Harga : RM 120.00 - 400 biji , RM 54.00 - 150 biji (Semenanjung Malaysia)

PRODUK 6 : NATURE RICH (SPIRULINA + BLACKCURRANT / ALOE VERA)

Image and video hosting by TinyPic

SPIRULINA dengan Pati Blackcurrant
Minuman Untuk Kesihatan Anda

Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa spirulina mengandungi kombinasi keperluan zat yang paling tinggi. Spirulina amat kaya dengan protien yang lengkap, karbohidrat dan gula, kalsium, kalium, besi, enzim semulajadi, klorofil dan asid lemak penting (GLA), vitamin E, beta-karotin (vitamin A), dan vitamin B1, B2, B6, B12. Adunan bersama blackcurrant memberi rasa yang menyegarkan dan kepuasan kepada jus ini. Blackcurrant juga merupakan sumber kalium, besi, isoflavon dan vitamin C yang baik. Vitamin C nya didapati adalah 4 kali ganda lebih berbanding oren. Pati jus yang berserat tinggi, lazat lagi mudah larut ini mudah disediakan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Cara Penyediaan :

- 1 bahagian pati jus buah-buahan + 7 bahagian air atau dicairkan mengikut rasa.
- Minum pada bila-bila masa untuk meningkatkan tenaga atau menghilangkan dahaga.

- Mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan tetamu

- (Tambahan): Kesukaan saya dan keluarga, bancuh dengan susu segar...sedap dan mengenyangkan.


Pati Bes ALOE VERA dengan Madu

Pati jus tanpa bahan perisa atau pemanis tiruan ini merupakan minuman kesihatan keluarga yang bernilai, sesuai dijadikan sebagai minuman penambahan untuk diet seharian dan juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Campuran Aloe Vera dengan Madu. Aloe Vera telah dikenali sebagai 'Tumbuhan Ajaib' sejak dahulukala. Menurut ahli patologi, H. Reginald Mc Daniel, aloe vera kian digunakan oleh pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli nutrisi untuk rawatan penyakit dalam sejarah kita. Produk ini mengandungi pelbagai jenis nutrien yang mudah diserap seperti vitamin, bahan-bahan mineral, asid-asid amino, enzim-enzim, polisakarida dan sebagainya. Ia juga berfungsi untuk mencegah sebarang jangkitan bakteria, virus, fungus serta mengurangkan keadaan bengkak secara semulajadi. Di samping itu, tambahan madu pula memberikan aroma dan kemanisan yang semulajadi kepada jus ini.

Cara Penyediaan :

- 1 bahagian pati jus buah-buahan + 7 bahagian air atau cairkan mengikut rasa.

- Minuman yang menyegarkan dan mudah disediakan pada bila-bila masa.

- Merupakan pengganti gula yang baik untuk membuat minuman kopi, teh atau pembasuh mulut atas keperluan diet tertentu.


Harga : RM29.00 (Semenanjung Malaysia)

PRODUK 5 : BEAUTIFUL BIO AURA (BBA) - WATER FILTER

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Harga : RM 1,780.00 ( Semenanjung Malaysia)

20 April 2006

PRODUK 4 : N-PLUS

Image and video hosting by TinyPic

N-Plus : Untuk menggalakkan kesihatan dan menyerlahkan kecantikan.

".....Dalam dunia kini, ramai di antara kami menghadapi pelbagai penyakit kerana tidak mengambil berat akan jenis makanann yang kami makan setiap hari. Akibatnya, pengumpulan toksin dalam badan berlaku dan ini menjejaskan kesihatan kami sebagaimana yang disokong oleh pakar perubatan....."

N-Plus mengandungi buah haw dengan ramuan-ramuan herba. Ia diestrak dengan menggunakan teknologi yang canggih dan terbukti fungsinya yang membantu dalam pembuangan toksin dan pembinaan kesihatan serta kecantikan dalam generasi terkini. Ia bukan sekadar membantu membuang bahan-bahan buangan dalam tubuh badan, malahan membantu dalam pengurangan berat badan, mencantikkan kulit badan, amat berfaedah untuk pesakit kardiovaskular dan penyakit kronik. Pengambilan secara berterusan untuk tujuan penjagaan kesihatan dapat menyihatkan tubuh badan, mempertingkatkan daya tenaga dan memperkuatkan sistem imunisasi.

Adunan minuman ini membekalkan nutrien-nutrien seperti protien, karbohidrat, bahan-bahan mineral, serat diet dan lain-lain lagi. Minuman N-Plus didapati kaya dengan zat besi di mana zat ini merupakan ramuan utama dalam pembentukan sel darah merah.

N-Plus bebas daripada bahan-bahan kimia, bahan-bahan pengawet, pewarna tiruan dan kolestrol. Ia berbau wangi, sedap lagi lazat. Serbuk N-Plus dibungkus dalam bungkusan kecil, adalah mudah dan bersih untuk dibawa ke mana-mana. Oleh itu, ia amat sesuai diambil oleh segenap masyarakat sama ada kanak-kanak, orang dewasa atar warga tua. Lebih-lebih lagi, minuman ini adalah sesuai diambil oleh vegetarian. Minuman lazat dan berkhasiat ini adalah mudah dan senang disediakan sebagai minuman harian. Pengambilan N-Plus setiap hari dapat memperbaiki gaya hidup dan tahap kesihatan anda.


RAMUAN-RAMUAN UTAMANYA ADALAH TERDIRI DARIPADA :

Ekstrak Haw
Sebagai ramuan utama N-Plus. Haw berasal dari famili Ros. Ia merupakan tumbuhan yang paling awal didapati mempunyai nilai perubatan dan digunakan dalam bidang perubatan herba. Ekstrak Haw dapat membersihkan saluran darah, menurunkan tahap kolestrol, melancarkan penghadaman, menyinarkan dan menggalakkan keanjalan kulit.

Psyllium
Psyllium dalam N-Plus adalah kaya dengan sumber fiber tumbuhan yang larut air. Ia menggalakkan peristalsis kolon yang lancar dan memudahkan perkumuhan bahan-bahan buangan dan toksin daripada dinding kolon. Dengan itu, masalah sembelit dapat dilegakan di samping memperbaiki kesihatan gastrousus dalam sistem penghadaman. Psyllium turut bertindak sebagai penyerap lemak dan kandungan gula yang baik. Ia dapat menyerap kolestrol, lemak dan kandungan gula dalam kolon. Ekoran itu, ia mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak dalam badan kita tanpa kesan-kesan sampingan. Hasilnya, ia membantu mengurangkan berat badan dan melangsingkan badan di samping mencantikkan kulit serta menyerikan wajah.

Beta-Karotin
Agen anti pengoksidaan yang diperoleh daripada sumber sayur-sayuran dan akan bertukar kepada vitamin A oleh tubuh badan kita. Ia adalah penting untuk mengekalkan penglihatan yang baik, menyinarkan kulit badan, membuang toksin dalam badan dan memperkuatkan sistem imunisasi.


CARA PENGAMBILAN :

1 - 2 bungkus setiap hari dengan perut kosong, dicampur dengan 250ml air sejuk atau suam, dikacau hingga sebati, kemudian minum dengan segera.


Harga : RM65.00 - 20 bungkus sekotak (Semenanjung Malaysia)

PRODUK 3 : MAHKOTA BEAUTIFUL

Image and video hosting by TinyPic

Harga : RM 199.00 - 2 helai (Semenanjung Malaysia)

PRODUK 2 : HERBAL MAHARANI

Image and video hosting by TinyPic

Kandungan : 300 biji (50 biji setiap bola)

Harga : RM58.00 (Semenanjung Malaysia)

19 April 2006

PRODUK 1 : BEAUTIFUL @ PREMIUM BEAUTIFUL

Image and video hosting by TinyPic


Beautiful @ Premium Beautiful adalah revolusi pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan berteknologi tinggi Far Infrared Rays (FIR) untuk kesihatan dan kecantikan.

Premium Beautiful, pakaian dalam yang disulami dengan Cahaya Inframerah Jarak Jauh (Far Infrared Rays) yang terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan dan keanggunan.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYUDARA
Melangsingkan badan dan membentuk payu dara yang mempesona.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG
Melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL
Mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok.

ALAMILAH....
Pembentukan badan dengan pakaian dalam BEAUTIFUL


Keindahan akan terserlah dengan pembentukan kontur badan yang menarik dan seimbang. Beautiful disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (Far Infrared Rays) yang terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan diri keseluruhannya.

Produk hasil gabungan kepakaran teknologi Jepun dan Jerman ini mampu mengembalikan bentuk badan yang selama ini diidamkan oleh semua wanita.

Beautiful bukan pakaian dalam biasa...ianya :
Memberi kesan serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman ;

Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya ;

Direka secara saintifik untuk mendakap, mengurut dan membentuk badan anda ke potongan badan yang anda idamkan ;

Halus dan selesa pada kulit anda ;

Fabriknya nyaman dan alih udara ;

Sesuai dipakai sepanjang hari, keberkesanan yang maksimum. Ditenun dan disulam dengan 'Far Infrared Rays' ;

Ia diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat dan Kanada.


FIR BEAUTIFUL diperbuat daripada......

32 lapisan fabrik yang disulam tenun dengan bahan yang mengeluarkan gelombang infra merah jarak jauh atau 'Far Infrared Rays' (FIR).

Ia mempunyai gelombang 4 ~ 16u. Kajian sains mendapati molekul air dalam gel-gel pada organ dan tubuh manusia bergetar dalam lingkungan frekuensi yang sama. Dengan pemakaian produk ber-FIR, 'tindakbalas resonan' akan berlaku, dan secara automatik molekul dalam badan akan bergetar dengan lebih aktif dan kuat.

Kesannya, lebih haba akan dikeluarkan, salur darah mengembang, perjalanan darah lebih lancar, penghantaran nutrien ke seluruh badan akan lebih efisien. Seterusnya, badan akan lebih segar dan sihat.

Dengan memakai Beautiful, badan akan lebih segar dan sihat.


16 KEISTIMEWAAN FIR

1. Membantu memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh ;

2. Membantu meningkatkan kadar metabolisma ;

3. Membantu memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan ;

4. Membantu mengelakkan pertumbuhan bakteria ;

5. Membantu mengeluarkan peluh asid ;

6. Membantu menggalakkan tumbesaran lebih teratur ;

7. Membantu mengekalkan kesegaran badan ;

8. Membantu mengurangkan kandungan asid dalam darah ;

9. Membantu menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit ;

10. Membantu tidur lebih nyenyak ;

11. Membantu menghilangkan bau badan ;

12. Membantu menghilangkan kulat dan fungus ;

13. Membantu membersihkan udara dalam badan ;

14. Membantu mengekalkan kepanasan suhu badan ;

15. Membantu membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik ; dan

16. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.


KELEBIHAN KUALITI KAIN PREMIUM BEAUTIFUL :

- Rekabentuk streoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

- Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

- Kuasa regangan dalam semua hala, dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

- Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan payu dara dan menggiatkan tumbesarannya.


Set Premium Beautiful terdiri dalam 3 helai iaitu seluar, baju dan bengkung. Pemakaian secara disiplin sekurang-kurangnya 8 jam sehari dapat memberi kesan yang memuaskan, insyaallah.


Image and video hosting by TinyPic

1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan payu dara.

2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payu dara.

3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur payu dara.

4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah berbadan besar.

6. Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.

7. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


Image and video hosting by TinyPic

1. Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.

2. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.

3. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.

4. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukana berdasarkan kesesuaian badan individu.

5. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.


Image and video hosting by TinyPic

1. 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian yang bersesuaian.

2. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempersona dan meninggikan pinggul.

3. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.

4. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempersona.

5. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

6. Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.

7. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaras lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.

8. Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlunang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.

9. Penggunaan renda yang fleksibel, mengelak perasaan tidak meyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.


Harga : RM 2,366.00 - 1 set
RM 780.00 - baju (saiz extra - RM 858.00)
RM 676.00 - bengkung (saiz extra - RM 743.60)
RM 910.00 - seluar (saiz extra - RM 1,000.00)

LANGKAH PERTAMA

Alhamdulillah, hati saya terbuka untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang tak pernah saya angankan. Sebelum ini, saya tidak berminat langsung untuk mendaftarkan diri dalam Multi Level Marketing (MLM) ini tetapi sejak saya mengenali HAI-O, saya merasakan saya patut menyertainya dan sekarang saya ingin memulakan langkah pertama saya. Harap mendapat sokongan semua.